Thursday, July 31, 2008

Salam saiyyidul ayyam...

Assalamu'alaykum warahmatuLlah...

Kaifahal semua? lama betul tak jenguk blog sendiri..
Bukan sengaja, tapi terpaksa hehehe...

anyway, sekarang dah masuk bulan kemerdekaan yang di banggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tapi, kita kena muhasabah...apakah benar-benar kita merdeka? 2 option answer kita boleh berikan. YA dan TIDAK.

Jawapan YA, merdeka yang telah di usahakan oleh generasi dahulu untuk membebaskan Malaysia dari jajahan British.

Jawapan TIDAK,
Tapi...adakah ini kemerdekaan yang hakiki?
Sebuah pengalaman yang saya nak kongsikan bersama para pembaca...
Pernah saya mengikut seorang YB untuk membuat lawatan ke kawasan pendalaman
sedih tau kawan-kawan...rupanya ramai lagi bangsa kita yang hidup dalam kesusahan. Tak ada kemudahan hidup, makan pakai pun tidak terurus. Anak-anak terbiar, ibu bapa bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anak. Tapi hasil yang diperolehi, bukanlah seperti warga bandar. Cukup sekadar sekali makan sahaja.

Nak tau pasal rumah?
Ada yang rumah pada nama sahaja..sekadar untuk berlindung dari hujan dan panas. Itu pun, bila hari hujan, kadang-kadang air masuk rumah macam tak duduk dalam rumah. Banjirla...tirihlah..tempiasla...macam-macamlah. Nak cakap pasal kebersihan...lagi-lagilah..sian tengok. Sampah bertaburan, bau pun macam-macam. Mungkin di sebabkan ketiadaan atau kekurangan infrastruktur atau ketidak pekaan ahli rumah dan masyarakat sekeliling. Hmmm...ini baru kawasan yang kecil, jom kita tengok secara global kita sebagai muslim..

Nama islam tidak semestinya muslim. Bebaskah kita untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar? Bebaskah pejuang-pejuang yang nakkan Islam bergerak? Bebaskah pejuang keadilan untuk tampil menyatakan hak, membantu dan membawa ummah terus kehadapan? Boleh atau tidak syariat Islam dijadikan dustur utama dalam setiap sudut kehidupan manusia?

Inilah yang perlu sama-sama kita renungkan untuk menghukum kita merdeka atau belum...

Sama-sama fikirkan hakikat ini....

::pena memperingati..akal perlu terus berfikir::

Monday, July 14, 2008

Tahniah!

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.....

Alhamdulillah, ni la baru sempat nak jenguk blog hehehe....

Bulan ogos dah semakin hampir..ramai sahabat-sahabat seperjuangan zaman sekolah dulu pakat dah nak kenduri...
Sahabat-sahabat, tahniah diucapkan ye..especially pasangan Sayyidah dan Mayeddin. Tak kurang juga sepupu sepapat yang dah buat persediaan lama da nu...bertambahla kaum kerabat selepas ni. Buat sahabat yang nak konvo, TAHNIAH dah grad. lepas ni dah masuk alam lain pulak insya Allah.

Namun, kepada semua pembaca, jadilah kita insan yang hidup di dalam masyarakat, bantulah mereka yang memerlukan bantuan kita ye..belajar-belajarla berkomunikasi kerana dalam segala hal, ilmu komunikasi adalah merupakan ilmu penting dalam mencapai sesuatu matlamat. insya Allah, semoga setiap pergerakan kita dalam keberkata-Nya...Ameen