Tuesday, August 26, 2008

Gelagat anak-anak kecil =)

Harini hari cuti umum Pulau Pinang..
Selepas sarapan, saya ronda-ronda di belakang rumah, berhampiran tempat pembuangan undi.
Ada 3 orang pelajar ...mungkin tertanya-tanya...apa yang berlaku harini? almaklumlah...hsekolah lain cuti, mereka tak bercuti.

Saya tanya salah seorang daripada mereka? ada apa harini Ammar? jawabnya..entahla..ada polis tu..(berdekatan SK Keb).

Saya maklumkan...harini berlangsung pilihanraya kecil P44, Pmtg Pauh..semua warga Pmtg Pauh yang cukup umur 21, berdaftar.. wajib keluar mengundi.

mengundi tu wajibka?

bersambung....

PR P.44

Hari ini, 26 Ogos 2008. Hari bersejarah dalam politik Malaysia dimana satu pilihan raya kecil P44 : Permatang Pauh sedang berlangsung. Pemilihan yang membabitkan 3 penjuru ini bagi menentukan ahli Parlimen yang baru selepas pemenang PRU-12 Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya sebagai MP bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AlhamduliLlah, sepanjang pagi tadi sampai tengahari, saya berkesempatan menjelajah seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh sempena PR kecil harini. Rasa semangat pun ada, gembira pun ada, geli hati juga ada. Macam-macam gelagat saya tengok bagi menarik perhatian massa untuk mengundi 3 wakil parti yang masuk bertanding. Kibaran bendera, flyers, hon kenderaan, aluan salawat dan slogan dan macam-macam jenis bahan kempen menggamit saya untuk berkongsi pengalaman.

Tertib kalau kita lihat penyokong-penyokong memberikan senyuman manis, laungan selawat dan zikir, slogan-slogan yang menyemarakkan semangat perjuangan parti masing-masing, menjaga aurat bagi kaum muslim, menjaga adab bagi non-muslim dalam berpakaian dan tuturcara yang diluahkan. Alhamdulillah, sejuk mata memandang.

Agak kecewa apabila melihat perkara yang sebaliknya. Kenapa harus berlaku sebaliknya? sepatutnya kita berkempen dan bertanding dengan bersih untuk menentukan siapa pemimpin kita. Bukan berlaku sebaliknya. Sedih tengok...kecewa apabila mendengar. Seharusnya dan seharapnya..pertandingan ini adalah bersih dari perkara yang tidak sepatutnya. Rakyat tahu siapa pilihan hati mereka. Jangan lah sampai yang bukan rakyat Pmtg Pauh pulak yang datang tolong mengundi. Bukan jua dengan melakukan kekecohan di dalam crowd. Tak perlu semua tu..Saya mendokan semoga Allah memberi kemenangan kepada parti yang BENAR insya Allah!