Monday, August 10, 2009

3 Hari dan 4 malam di Teluk Kemang....


Mengubah sikap manusia bukanlah perkara yang mudah apatah lagi jika di perbincangkan dari sudut hidayah. Hidayah adalah dari Allah s.w.t, Raja sekalian makhluq. manusia juga dijadikan oleh Allah, jadi segalanya adalah dengan kehendak-NYA.

Khaulah diberi kesempatan oleh Allah untul menyertai Program Bina Insan Guru bertempat di Teluk Kemang baru-baru ini. Kebetulan hari pertama cuaca agak baik walau diselangi cuaca hujan dan panas yang sederhana.

28 Julai, jam 12.30 tengah hari, kamu seramai 56 orang peserta tiba di persisiran pantai Teluk Kemang diiringi jurulatih terpilih. pengalaman pertama 'menginap' di tepi pantai kadang-kadang mengetuk minda kami. Sebelah petangnya, kami dihidangkan dengan water confident oleh para jurulatih. Memang sangat best...Khaulah pulak tak pandai berenang, bila diajar excited la pulak. SubhanaLlah, cantik sungguh ciptaan Allah.

Gementar terasa selepas beberapa minit merebahkan badan . Apa tidaknya, dengar ombak pun dah gerun. Di sebelah malamnya, khaulah tak dapat tidur nyenyak. Otak ligat berfikir, kenapa angin kat luar berterusan tanpa henti. Rupanya ribut...SubhanaLlah..betulla ungkapan jauh perjalanan, luas pengetahuan. Kebetulan pagi hari kedua adalah merupakan turn group khulah untuk sediakan sarapan, jam di tangan tepat jam 4.30 pagi, khaulah dah bangun kejutkan rakan disisi K Aida merangkap penolong bahagian makanan program. Bila di dapur, Khaulah rasa macam nak terbang je. Segera penghulu meniupkan wisel amaran kecemasan. Tiupan panjang rupanya tidak memberi kesan kepada mata-mata yang keletihan sudah tubuh badan mereka. Khaulah dah gelisah segera membuat pengumuman agar semua peserta bangun khasnya mereka yang akan memulakan tugas pada pagi tersebut.

Menjelang subuh, kumpulan yang bertanggungjawab menyediakan sarapan siap sedia dengan sarapan pagi dan bergegas menunaikan solat subuh berjamaah di surau. Alunan zikir menggegarkan persisiran pantai yang diketuai oleh seorang ustaz. Jam 7 pagi, keadaan kembali tenang, cuaca terang benderang bagai tiada apa yang terjadi di sebelah malamnya.

Hari ini, kami akan ikuti aktiviti kembara pulak...
Bersambung ye, khaulah ada kelas jap lagi...

Thursday, July 16, 2009

Santai Khamis

Assalamu'alaykum warahmatuLlahi wabarakatuh....

Sedar tak harini dah berapa Rejab? dah nak masuk bulan Sya'ban kan? pejam celik- pejam celik no..dah semakin bertambah umur kita. Khaulah nak berkongsi dengan rakan-rakan semua pengalaman khaulah dengan anak-anak kite di sekolah ni...

Pada khaulah, murid sekarang dengan dulu lain sangat kan. Khaulah rasa dulu kita dengan guru macam kura-kura. Kepala pun tak berani nak angkat depan guru. Tapi murid sekarang...huuu kita pandang dia, dia renung kita balik. Lagi-lagi cikgu muda macam Khaulah ni hehehe...rasa muda lagi pulak.

Satu lagi, dulu kita belajar meja guru pun tak berani sentuh. Nak dapat barakah...ihtiramnya kita dulu kan? meja guru dihias rapi. Tudung meja jangan cakapla...high class. Tak sah tak cantik. Bunga dan pasu tak boleh dipisahkan. Selalu je tukar bunga. Kadang-kadang bunga hidup lagi...nak cari habuq atas meja pun susah. Meja guru sekarang, susahla nak jupe macamni. Kekadang kerusi guru pun jadi kerusi murid. Lagi hebat, murid duduk tempat guru dan jadi kebiasaan.

Kita dulu, bila guru berjalan...kita ikut je belakang cikgu tu. Nak-nak lagi guru veteran. Tapi guru sekarang tanpa signal terus potong cikgu. Jangan itu je, langgar cikgu pun ada. Masya Allah..

Kepada pembaca sekalian, didikla anak-anak di rumah untuk menghormati guru. Tanpa guru, butala masyarakat akan datang. Tanpa guru, gelapla masa depan semua manusia..

Terima kasih Khaulah ucapkan kepada para guru dan teman yang pernah mendidik Khaulah....


::Khaulah al Mukhtarah::

Monday, July 13, 2009

Hari minggu yang bermanfaat...


Sabtu lepas, alhamdulillah khaulah berkesempatan jumpe dengan kawan-kawan maktab. jadi orang ke 3 park di parking IPGM tu. kononnya nak elak dari jem..sampai wal la pulak.

Kalini Khaulah nak kongsi bersama pembaca 2 isu.

Isu yang pertama: Berkaitan kesihatan

Kadang-kadang kita tertanya-tanya ye kenapela penting sangat senaman tu?
Kata orang-orang yang lebih senior dari khaulah, senaman ni menyihatkan badan. Senaman yang diamalkan secara regular hindarkan kite dari tekanan. Betulke?
Fakta dari Dr. Azita, pensyarah IPGM Khaulah menyatakan bahawa 4 PERKARA kenapa kita perlu bersenam

1) Untuk menjadikan kita hidup bersosial
2) Meningkatkan hubungan kekeluargaan
3) Mengurangkan stress
4) Bersenam itu menyeronokkan

Pada Khaulah, betul semua tu. Khaulah pernah belajar antara Ciri -ciri yang perlu ada pada setiap Muslim ialah "Qawiyyul Jism" maksudnya tubuh badan yang sihat. Jadi, nak atau tidak saranan ini adalah satu perkara yang baik untuk diamalkan bersama.

Dr. Azita juga ada menyebut, senaman pun ada rukunnya. mule-mule semua pelajar ketawa..tapi itulah hakikatnya kan.

Nak tahu apa Rukun Senaman (Principle of Exercise)?
Hasil dari perkataan SPORT
S- Specify iaitu bergantung kepada peringkat umur, berat badan, tahap kecergasan dan tujuan senaman.

P- Progression iaitu mengikut langkah demi langkah

O- Overload iaitu tambah beban

R- Riversibility iaitu kebolehbalikan. Maknanya senaman tak boleh berhenti-berhenti. Kata orang 'arab mustamir

T= Tedium, kita perlu elakkan kebosanan dengan mempelbagaikan jenis aktiviti kita.

Ini adalah serba sedikit berkaitan Kesihatan.

Isu ke 2: Kekeluargaan

Khaulah berkesempatan hadir ke Ceramah Motivasi Kelurga Bahagia pada hari ahad baru-baru ini. Seronok pembentangan yang dibentangkan terutama speaker yang kedua.

Antara intipati yang khaulah nak kongsi bersama ialah berkaitan apa yang disebut oleh Ketua Kunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, En Norazman Ahmad.
Antaranya berkaitan Hak Isteri ke atas suami

Ape hak-haknya? takut juga nak menyebut ni..
1) Memberi perhatian kepada suami di dalam segala aspek
2) Mentaati suami samada dari sudut percakapan, komunikasi, panggilan pangkat
3) Layanan

Hak Suami ke atas Isteri

1) Nafkah zahir dan batin
Sebut pasal nafkahni, penceramah menyebut antara perkara yang perlu diberi pakaian (yang wajib 4 helai setahun), tempat tinggal yang selesa.
2) Sentuhan
3) Perlindungan
4) Kasih sayang
5) Ilmu dan bimbingan
6) Perhiasan

Mmmm...hak isteri ke atas suami nampak sikitkan?? tapi itulah yang paling mencabar.

Sekadar ini saja yang saya nak kongsi hari ini...semakin bertambah usia, kena semakin tambah ilmu kan?

Wednesday, July 08, 2009

Hidup itu perlu diteruskan

Selamat Belajar my idole

Indahnya alam ada hikmahnya...Kegusaran boleh diubati dengan melihat kebesaran Allah. Releas tention tau..tak percaya, tryla...::khaulahalmujahidah::

Sunday, July 05, 2009

Insan yang tabah idol buat diriku


Bukan kehidupan tanpa cabaran. Ungkapan yang paling tepat untuk dikaitakan dengan seorang insan yang sangat saya kagumi dewasa ini. Semangat yang kental untuk terus maju kehadapan menjadikan beliau sentiasa merancang dan menyusun strategi di dalam hidupnya.

Mengimbas kembali sejarah lalu, ketika di alam persekolahan para guru, murabbi dan mua'llim menasihati agar terus belajar sehingga ke peringkat tertinggi. Kata-kata murabbi: " Belajaq sampai sijil apa yang orang nak, kita ada". Dengan kata-kata itulah, insan yang saya kagumi ini melangkah satu demi satu langkah kehadapan untuk membina hidupnya sebagai jiil mansyud.

Segala cabaran diharungi, halangan dianggap dugaan kesabaran di kumpul kemas dan disematkan di dalam dada. Kata orang, kalau dah kahwin, susah nak sambung belajar menjadi cabaran buat dirinya walau berjauhan dengan isteri, namun segalanya dengan mudah diurus sendiri. Saban hari dengan tugasan harian sebagai pendidik, hari minggu berulang alik dari kedah ke Kuala Lumpur. Perjalanan 5 jam sukar dipertikai. Kesempatan berada di KL digunakan sebaiknya untuk proses pembelajarannya. UM menjadi tempat persinggahan dikala isteri menghadiri kelas. Berkat usaha dan kesabaran, kini insan kebanggaan saya ini kini menyambung MA di USM.

Tanggungjawab di pundak semakin bertambah, tetapi riak wajahnya kekal seperti biasa. Tiada rungutan, tiada bebalan yang ada hanya setiap tugasan usaha dilangsaikan bahkan di usaikan jua tugasan saya. Masya Allah....kagum saya melihat bagaimana dia menyusun jadual harian dan mingguannya.

Ya Allah, engkau permudahkanlah segala tugasan insan yang ku kagumi...Ameen

Wednesday, July 01, 2009

Tugasan

Alhamdulillah, baru je usai send tugasan pertama selepas pembelajaran semester yang pertama. tugasan yang berkaitan dengan perkembangan manusia dan kajiannya terhadap pelajar yang bermasalah yang sedang kita hadapi samada dari sudut perilakunya atau pembelajarannya. Masya Allah, cabaran sebagai mudarrisah di sekolah yang ramai pelajarnya.

Ringkasnya berkaitan murid yang saya kaji ini...Jika anda melihatnya, pasti anda kata ini budak down syndrom ni...anda katala...namun, apa yang saya kaji, melalui ibu bapanya serta pengesahan daripada doktor yang membuat check up, syaion 'ajib...anak ini bukan down syndrom. Lahirnya normal, pasif tidak seperti budak down syndrom, tak perlu arahankan sesuatu dengan suara yang garang, suka menyendiri, boleh melalui pembelajaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Pelikkan? apa yang penting, murid ini melepasi setiap ujian yang dilakukan ke atasnya seperti apa yang dilakukan kepada kanak-kanak down syndrom.

Anda bayangkan bagaimana situasi ini perlu dihadapi oleh guru-guru yang mengajarnya? 'ala kullihal, tugasan ini perlu diterima..bagi saya, ianya suati cabaran untuk memperkenalkan kepada murid ini huruf demi huruf, abjad demi abjad, ayat demi ayat demi memastikan anak ini menjadi anak yang berilmu, cerah masa hadapannya. Yakin dan percayalah bahawa setiap anak yang lahir ke dunia sudah tercatat rezkinya di sisi Allah s.w.t.

Saturday, June 20, 2009

Bagai hidup nak..mati tak mau

Sekian lama menyepi..kini aku muncul kembali.

Kekangan masa dek bebanan tugasan yang perlu dipikul bertambah seiring hari bersama usia.
Mana mungkin kita berkata semakin bertambah usia semakin kurang bebanan tugasan yang perlu dilakukan? Hakikatnya semakin berusia, semakin hampir diri kita dengan rumah di dala bumi. Amalan perlu ditambah, bekalan perlu diisi, tanggunjawab didunia tidak boleh disambil lewakan...Pendekkata, tak ada rehat selagi usia dikandung badan.

Sebagai PEMIMPIN, rakyat semakin hari semakin bertambah. Permasalahan kian merumitkan, tanggungjawab jua semakin berat, waktu yang panjang terasa bagai di pendekkan..fuuh

Sebagai SUAMI atau ISTERI. Anak-anak semakin membesar. Keperluan keluarga semakin bertambah. Kehendak anak-anak smakin tinggi. Persediaan untuk masa hadapan anak-anak perlu digiatkan..

Sebagai PELAJAR..cabaran hidup semakin mencabar, dunia yang sedang dilalui semakin hari seperti semakin sukar..desakan dan tekanan semakin merisaukan..mampukah aku???

Kita adalah segalanya yang telah, akan dan sedang kita lalui. Semoga kita tetap teguh, kuat dan sabar dalam mengharungi uian dan dugaan ini insya Allah