Sunday, May 18, 2008

Masyarakat hari ini..

Allahu Akbar! Dalam paper boleh kata tiap-tiap hari isu kemiskinan..sayu hati baca...
Yang peliknya, dulu tak ramai..tapi sekarang makinla bertambah-tambah. (Tertanya-tanya saya di dalam diri)

Pengalaman yang telah Allah beri kepada saya, berkesempatan melawat insan-insan yang di uji Allah ini. Satu rumah yang pernah saya lawati, akibat ribut merupakan satu keluarga yang (na'zubiLlahinminzalik) berpecah belah, suami isteri bercerai, anak menjadi mangsa bapa, hidup dalam kesusahan, anak-anak yang bersekolah terpaksa diberhentikan kerana kemiskinan.

Apabila saya lawat rumah tersebut, perkara pertama yang saya perhatikan keadaan rumah. Apa yang ada? Tempat solat ada? Quran? Buku-buku agama? Isi rumah macamana? menutup aurat tak?

Kesimpulan yang boleh saya buat, faktor kemiskinan yang melanda masyarakat hari ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor:
1) Miskin Agama
2) Miskin Aqal
3) Miskin Harta benda

Namun, mungkin juga kemiskinan adalah ujian, tetapi tidak boleh kita jadikan alasan untuk memisahkan diri kita dengan Agama bahkan tetap teguh mempertingkatkan ibadah dan rasa syukur kita kepada Allah s.w.t.

Semoga coretan ini memberi manfaat kepada kita semua, fikir-fikirkan, bantulah masyarakat agar menyedari hakikat beragama. "Islam itu tinggi, dan tidak ada yang tinggi mengatasinya".


khaulahalazwar, Kedah.

No comments: